Pages

Friday, 1 June 2012

SCIENCE IS FUN WORKSHOP



'SCIENCE IS FUN WORKSHOP'
TARIKH : 30 JUN 2012
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN BUDIMAN, FAKULTI PENDIDIKAN UKM.
 
'Science Is Fun’ dipilih sebagai tema bengkel ini sejajar dengan  hasrat untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadikan pengguna teknologi malah mewujudkan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Cabaran Keenam Wawasan 2020).
Generasi kita pada hari ini mempunyai perspektif yang berbeza-beza tentang sains. Generasi tua memandang sains sebagai sesuatu yang terlalu maju, canggih dan susah difahami. Sementara generasi muda pula memandang sains sebagai sesuatu yang terlalu teoritikal, abstrak dan akademik (Suhaimi 2009). Justeru itu pelbagai persepsi tentang sains perlu diubah supaya tertanam sikap meminati sains. Perkembangan dan pembaharuan kurikulum Sains serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran Sains serta mengambil kira perubahan dan kehendak semasa akan menjadikan kurikulum Sains menarik dan mudah untuk dikuasai oleh pelajar-pelajar. Guru merupakan penggerak dan pendorong utama kepada semua proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus menggunakan segala kemahiran yang ada untuk menarik minat murid, bukan sahaja untuk meneruskan proses pembelajaran, malah melangkah batasan keupayaan optima mereka untuk belajar (Zamri, Nik dan Juliawati 2009).
Seminar Sains Sejagatan merupakan satu kursus bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus ini banyak memberi pendedahan tentang mata pelajaran Sains di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah. Pelajar-pelajar kursus ini mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang ‛Science Is Fun Workshop’ bersama guru-guru Novis dan bakal-bakal guru dari universiti tempatan. 

Atur cara ‘Science Is Fun Workshop’
………………………………………
8.30 pagi               :                Pendaftaran
8.45 pagi               :                Kata-kata Aluan dan Perasmian
9.15 pagi               :                SLOT 1
                                                  Penceramah ~ Puan Zaaimah binti Abdul Rahman
                                                 dari MRSM Negeri Sembilan.
10.45 pagi             :               Minum pagi
11.15 pagi             :               SLOT 2 ‘teaching Science Through project’
                                                 Penceramah ~ En Abdul Latif Bin Ismail
                                                 Guru Cemerlang Fizik Negeri Sembilan
                                                dari SMK Tunku Kurshiah, Kuala Pilah 
12.45 tgh hari      :              Makan tengah hari
                                               Solat Zohor
2.00 petang        :              SLOT 3
                                              ‘Science Through Cartoon’
                                               Penceramah – Mr. Yew Kok Leh
            Pengetua cemerlang 
3.30 petang        :              SLOT 4
                                               Model ‘Engineering and Technology’
                                               Penceramah – Puan Wan Noraini dari Petrosains
5.00 petang         :             Minum petang
                                               Bersurai

SASARAN
Fokus sasaran peserta ialah guru-guru Novis Sains  (berkhidmat kurang dari 10 tahun) dari sekolah-sekolah kelolaan kerajaan mahupun swasta dan bakal-bakal guru dari universiti tempatan.

OBJEKTIF
1.      Mendedahkan peserta tentang pelbagai teknik pengajaran sains yang mudah dan berkesan.
2.      Memantapkan ilmu dan kemahiran peserta tentang strategi pengajaran sains.
3.      Mengubah persepsi guru sains tentang strategi pengajaran sains.
4.      Menggalakkan perkongsian pengalaman dalam teknik pengajaran sains.
5.      Meneroka dan memperluas dalam meningkatkan daya inovatif dan kreatif peserta untuk mengajar  sains dengan mudah.

Daftar segera, tempat terhad..

Bayaran : RM30.00 sahaja

Peserta akan turut menerima sijil dari UKM

HUBUNGI : 013-2408958 (Lee), 012-6038693 (Rukiah), 

013-3881723 (Yana), 019-2179484 (Min),

010-2255014 (Nadia) 







Friday, 25 May 2012

Friday, 18 May 2012

Jamuan Hari Guru di UKM

Selamat Hari Guru.. 

Jamuan Hari Guru di bilik rehat pensyarah.. 
 bersama prof T, Dr Z dan rakan-rakan seminar.

sharing daripada prof T 


sharing daripada Dr Z

"jika kita dipilih, maka kita mesti boleh"



Friday, 6 April 2012

psikologi perkembangan

perkembangan fizikal, kognitif, emosi, sosial

TUGASAN 2 STRATEGI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

STRATEGI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

hai....

selamat berblog.....

cadangan kandungan


BAB 1 : PENDAHULUAN

BAB 2 : PENGUASAAN KURIKULUM   ( kak k )

  •              Definisi kurikulum sains
  •              Perkembangan Kurikulum sains
  •              Falsafah pendidikan negara / Falsafah sains
  •              cabaran wawasan 2020
  •              cabang-cabang sains
  •              matlamat kurikulum sains
 BAB 3 : PENGUASAAN PEDAGOGI    ( k.upit )

  •              Huraian sukatan pelajaran
  •              sukatan pelajaran terkini sains sekolah menengah

BAB 4 : KEMAHIRAN PEDAGOGI  ( yana & lia )

  •              Strategi pembelajaran inkuiri / PBL
  •              Strategi pembelajaran Konstruktivisme
  •              Strategi pembelajaran Kontekstual
  •              Strategi pembelajaran Masteri
  •              Pendekatan sains, Teknologi dan Masyarakat
  •              Contoh rancangan mengajar menggunakan strategi pembelajaran
BAB 5 : KEMAHIRAN SAINTIFIK    ( nadia & lee )

  •             Kemahiran proses sains ( lee)
  •             Kemahiran berfikir kreatif & kritis (nadia)
  •             Sikap saintifik & nilai murni
BAB 6 :  PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PELAJAR  ( min & seha )

  •              Pendahuluan 
  •              Konsep-konsep Asas Psikologi Perkembangan
  •              Teori-teori Psikologi Perkembangan dan Implikasi Terhadap Guru Sains
    •    Teori Perkembangan Arnold Gesell
    •    Teori Perkembangan Jean Piaget
    •    Teori Perkembangan Robert Havighurst
    •    Teori Perkembangan Erik Erikson
    •    Teori Perkembangan Sigmund Freud
BAB 7 :  PENAKSIRAN & PENILAIAN     ( faizal )

  •             pemerhatian
  •             ujian / peperiksaan
  •             persembahan secara lisan/ portfolio
  •             PEKA
  •             KSSR